Followers

Tuesday, December 21, 2010

Ikhlas, Ikhlas dan Ikhlas

Malam tadi dalam kelat-kelat mata nak menutup siaran tv sempat aku tukar ke channel Astro Oasis.Opss.. rancangan kegemaran la pulak Rawat Hatinya bersama Ustaz Aa. Buahnya dari hati yang ikhlas. Cantik sungguh bahasa yang dititipkan Aa ketika merungkai keikhlasan. Katanya orang yang ikhlas tidak rindukan pujian dan balasan. Orang yang benar-benar ikhlas akan sesuatu perbuatannya akan terus bersemangat walau dipuji, tidak dipuji ataupun dimaki. Tambahnya lagi orang yang ikhlas bukan ikhlas semata-mata dalam kelompoknya. Sebagai muslim kita ikhlas menolong bukan saja sesama muslim malah berbeda bangsa dan agama. Orang yang ikhlas sentiasa pusing adakah sedekahku ini diterima Allah, kerjaku ini diterima Allah..bukan risaukan apa orang lain kata.. Setiap baris kata Aa memang mudah difahami dan cukup mendalam maknanya. Betul-betul menusuk hati. Setiap contoh yang diberikan memang benar dekat pada situasi realiti kita. Sebelum aku benar-benar dapat melelapkan mata tergiang-giang makna keikhlasan yang Aa sebut-sebut. Nampaknya kesedaran tentang keikhlasan sesuai sangat untuk aku yang nak menempuh 2011 ni. Ikhlas..ikhlas..kerja ku satu ibadah...Ya Allah luruskan hatiku ke lorong keikhlasan...

Monday, December 20, 2010

Rindu

Lama sungguh rasanya tidak menulis sebegini...berhari, berminggu, berbulan dan bertahun rasanya.

Tahun Baru Tugas Baru Semangat Baru

Salam, menjengah tahun 2011 ni..tak sempat pun buat persediaan. Cuma mungkin persediaan mental dan fizikal.
Apa yang pasti matlamat aku nak tambah permata hati keluarga..Doa n terus berusaha. Hari ni 20 Dis dah start memandu ke sekolah...2 minggu awal sebelum sekolah bermula untuk sesi 2011.

Nak sentuh tentang prinsip kerja 2011 ni..aku ingat nak jadik guru yang lebih banyak sabar dan berusaha. berusaha untuk kebaikan dan peningkatan diri sendiri dan yang penting anak-anak murid aku nanti....Aku mesti berubah...semuanya kerana Allah Taala...

Tuesday, December 14, 2010

Salam Rindu

Jauh sungguh terasa
mengenang indah semalam
kian pergi sayup di sana

Rindu sungguh terasa
pada belai kata
yang menenang jiwa

Salam rindu
ku kirimkan
jauh namun dekat dihati

Saturday, November 27, 2010

CATATAN PERTAMA


Pertama kali bermula
pertama kali jua bertemu


izinkan buat kali kedua.


PENA ABADI
28 Nov 2010